Kehidupan awal Anisha Rosnah

Beliau berasal daripada keluarga bangsawan. Datuknya merupakan penasihat khas Sultan Brunei, Pehin Dato Awang Isa.[1][2][3] Ibunya ialah Yang Mulia Dayang Siti Mariam Isa dan bapanya ialah Yang Mulia Awang Adam bin Abdullah (nama asal Ivica Adam Kalebic) yang juga merupakan seorang warganegara Croatia. Ibu bapa beliau sudah bercerai.[4] Beliau juga mempunyai 3 orang adik-beradik seibu dan sebapa iaitu Danial Deen Isa-Kalebic, Idris Isa-Kalebic dan Marina Isa-Kalebic. Hasil perkahwinan bapa kandungnya dengan dengan pelakon dan peguam Trudy McBride, beliau mempunyai adik-beradik sebapa antaranya Anna Maria, Jean Pierre dan Natasha.